Program EXPLORIA turut mengalukan kehadiran anak-anak berkeperluan khas. Tujuan program ini adalah untuk memberi sokongan bantuan psikologi dengan menyediakan sesi terapi berasaskan projek bersama anak-anak istimewa. Melalui KIT EXPLORIA sesi terapi dapat membantu anak-anak ini untuk melatih fokus, meningkatkan koordinasi mata & tangan dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Dengan program ini, EXPLORIA berharap dapat memberi manfaat dan membantu perkembangan anak-anak istimewa.