6 November 2021, EXPLORIA ditemuramah oleh pihak RTM sempena Hari Kanak-Kanak. Pastinya golongan kanak-kanak mendapat tempat istimewa dihati EXPLORIA. ‘Anak kita, masa depan kita’, itulah slogan EXPLORIA dalam melebarkan sayap bagi memastikan golongan kanak-kanak adalah pemula dan pencorak masa depan negara.
Tadika Seri Iman Intelek merupakan salah satu sekolah tadika yang telah menyertai aktiviti dan program bagi meraikan Hari Kanak-Kanak.
EXPLORIA mengharapkan program dan modul STEM yang disediakan mampu mengasah bakat dan kecenderungan anak-anak. Selain itu, penglibatan media massa bersama RTM memberi impak kepada masyarakat tentang kesedaran membentuk minat anak-anak sejak kecil adalah tunjang dalam melahirkan seorang yang berpengetahuan luas dan kreatif serta inovasi.