Sepanjang tempoh Perintah Kawalan(PKP), perkembangan teknologi tidak melepaskan peluang kepada EXPLORIA meluaskan medium pembelajaran kepada anak-anak. Dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang(PPAP), EXPLORIA telah menjayakan beberapa kandungan digital bagi tujuan pembelajaran.EXPLORIA telah mewujudkan EXPLORIA TV sebagai kemudahan bagi kanak-kanak mendapatkan info sains. EXPLORIA TV merupakan saluran yang menarik minat anak -anak tentang sains.EXPLORIA mengharapkan usaha ini dapat membuka pintu yang luas untuk anak-anak agar lebih berkemahiran tinggi dan mantap bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kemahiran teknikal.EXPLORIA turut menjadi sumber bagi golongan tenaga pengajar mendapatkan alat bantu mengajar yang terbaik dan bersesuaian dengan tahap kemahiran anak-anak.
Kerjasama EXPLORIA dan PPAP mewujudkan Kandungan Digital
