Simpati dengan keadaan kanak-kanak yang turut menjadi mangsa banjir, EXPLORIA turun padang bagi melakukan CSR khusus untuk kanak-kanak yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar bandar Kuantan, Pahang. Semoga usaha murni ini dapat meredakan emosi kanak-kanak yang terjejas akibat banjir besar yang melanda mereka.