Penyediaan modul EXPLORIA yang efektif dan sesuai bagi pelajar telah dijadikan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran oleh SK Bukit Sekilau. Pelajar SK Bukit Sekilau adalah kanak-kanak yang berkeperluan khas  yang memerlukan kaedah PNP yang khusus. Oleh itu, modul Exploria yang padat dengan kaedah pembelajaran yang unik dan  mampu memberi pendedahan kepada anak -anak tentang kebolehan dan keupayaan  telah membantu guru-guru di SK Bukit Sekilau. EXPLORIA mengharapkan keberkesanan modul EXPLORIA ini dapat  membantu meningkatkan kaedah pelajaran yang lebih efisien serta membantu tenaga pengajar mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran anak-anak dalam sesuatu bidang.